PENDAFTARAN E-DAFTAR MENENGAH TINGKATAN SATU DAN KELAS PERALIHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016
Kepada;
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah - sekolah Negeri Perak.
PENGISIAN PERMOHONAN E-DAFTAR MENENGAH PENEMPATAN TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK TAHUN 2016 DI DALAM MODUL PENGURUSAN MURID (SPS)
Perhatian kepada semua pihak yang terlibat dengan pengisian permohonan e-Daftar Menengah 2016 di dalam Modul Pengurusan Murid (SPS).
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan eDaftar Menengah dibuka mulai 1 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015. Oleh yang demikian, sekolah-sekolah rendah negeri Perak diminta mendaftarkan murid ke sekolah menengah bagi Tingkatan Satu dan Peralihan sesi persekolahan 2016 di dalam sistem ini .
Murid Bukan Warganegara tidak dibenarkan mendaftar ke sekolah menengah secara atas talian. Pihak sekolah dikehendaki memastikan kesahan murid bukan warganegara di sekolah masing-masing.
PK HEM perlu membuat pengesahan permohonan pendaftaran di dalam log-in ADMIN (menggunakan id Kod Sekolah) sebelum atau pada 31 ogos 2015.
Mohon semua Penolong PPD Pengurusan Murid Menengah memastikan semua sekolah mematuhi perkara di atas.
Pihak sekolah boleh memuat turun Manual / Panduan Pengguna dan Takwim e-Daftar Menengah untuk rujukan di bahagian attachment atau diMenu Muat Turun Sektor Pengurusan Sekolah.
Sekian, terima kasih.
Unit Sekolah Menengah (Pengurusan Murid)
Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Perak SKBT
No comments:
Post a Comment