PELAKSANAAN UJIAN PASCAPROTIM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 2015
Guru Besar, |
SK/SJKC/ SJKT/SABK, |
Negeri Perak |
Tuan,
Pelaksanaan Ujian PascaPROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa surat dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KP (BPK) 700-4/2/4 (4) bertarikh 11 Mac 2014 adalah berkaitan. Ujian PascaProTiM dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid selepas Ujian PraProTiM.
3. Untuk makluman tuan, Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5, 2015 akan dilaksanakan serentak di semua daerah pada 3 Ogos 2015 hingga 7 Ogos 2015 dengan sedikit penambahbaikan dan hanya murid Tahun 4 dan 5 yang GAGAL dalam Ujian PraProTiM yang lalu akan menduduki ujian.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan pelaksanaan ujian tersebut dapat dijalankan mengikut tarikh dan kriteria murid yang ditetapkan. Dokumen dan instrumen berkaitan pelaksanaan Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5 boleh dimuat turun melalui attachment di bawah.
4.1 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 4 |
4.2 Instrumen Ujian MenulisPascaProTiM Tahun 4 |
4.3 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 5 |
4.4 Instrumen Ujian Menulis PascaProTiM Tahun 5 |
4.5 Skema ujian Menulis PascaProTiM tahun 4 dan 5 |
4.6 JSU Ujian Membaca PascaProTiM |
4.7 JSU Ujian Menulis Ujian PascaProTiM |
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zoraimi bin Shariff, dalam talian 05-2414000 sambungan 298 atau 012-622340 atau Pen. PPD Bahasa Melayu di daerah masing-masing.
Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik SKBT
No comments:
Post a Comment