PELANJUTAN TEMPOH TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Negeri Perak
Tuan/Puan,
PELANJUTAN TEMPOH TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Penilaian dan Pembangunan Kompetensi (BPPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi tarikh akhir baru bagi Penilaian pertama kepada semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah Negeri Perak. Semua PENILAI yang telah dilantik di semua sekolah WAJIB membuat pengisian skor bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan masing-masing sebelum 16 Ogos 2015 (Ahad) melalui http://eprestasi.moe.gov.my/.
Sebarang aduan atau pertanyaan, tuan/puan boleh menghantar permasalahan tersebut melalui emel rasmi helpdesk e-prestasi(aduan.eprestasi@moe.gov.my) atau hubungi terus ke talian 05-5015271/5261.
Sekian, terima kasih.
“PERAK EXCELLENT” SKBT
Saya yang menurut perintah,
Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Jabatan Pendidikan Perak
No comments:
Post a Comment