Guru Besar
SK / SJK (C) / SJK (T) dan SABK (Rendah)
Negeri Perak.
Tuan,
PEPERIKSAAN KHAS SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAMAT SEKOLAH RENDAH TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN NEGERI PERAK DAN ALAMAT LAMAN SESAWANG PENGISIAN MARKAH SERTA SEMAKAN NAMA CALON PEPERIKSAAN TAHUN 2015
Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas. Dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melaksanakan taklimat berkaitan peperiksaan ini pada bulan Januari-Februari melalui Taklimat Panitia dan pada bulan Jun-Julai melalui Taklimat Sistem dan Peperiksaan kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Islam Tahun 6 Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Perak. Pihak tuan dipohon mengambil perhatian terhadap tarikh peperiksaan dan pengisian data tersebut seperti berikut :
Tarikh Peperiksaan & Pengisian Data :
Tarikh Ujian Lisan : Bacaan & Hafazan
|
20 Jun – 20 Ogos 2015
|
Semakan Nama & Pengisian Data
|
21 Ogos – 31 Ogos 2015
|
Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR )
|
8, 9 & 10 September
|
Tarikh Ujian Bertulis : Pend. Islam & Jawi
|
11 September 2015
|
· Kertas Pendidikan Islam
|
8.00 - 9.00 Pagi
|
· Kertas Jawi
|
9.30 – 10.30 Pagi
|
Pengisian Data Ujian Bertulis : Kertas Pendidikan Islam & Jawi
|
DAERAH
|
TARIKH / HARI
|
· Kinta Utara & Kinta Selatan
|
28 September
|
Isnin
|
· Larut Matang Selama & Perak Tengah
|
29 September
|
Selasa
|
· Hilir Perak & Manjung
|
30 September
|
Rabu
|
· Batang Padang & Kerian
|
1 Oktober
|
Khamis
|
· Hulu Perak & Kuala Kangsar
|
2 Oktober
|
Jumaat
|
3. Oleh itu Guru Pendidikan Islam Tahun 6 sekolah tuan adalah dipohon untuk membuat semakan nama murid dan mengisi data Ujian Lisan & Ujian Bertulis secara atas talian melalui alamat laman sesawang seperti ketetapan berikut :
SEMAKAN NAMA & PENGISIAN MARKAH
|
Alamat Laman Sesawang
|
|
ID Pengguna
|
(Kod Sekolah)
|
Kata Lalauan
|
(Rujuk Edaran PPD Tahun 2014)
|
4. Sehubungan itu, pihak tuan juga dipohon sentiasa merujuk portal http://jpnperak.moe.gov.my bagi mengetahui maklumat dan tarikh-tarikh penting berkaitan yang perlu pihak tuan ketahui dari masa ke semasa.
5. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih. SKBT
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAIL , A.M.P., P.P.T.)
Pengarah Pendidikan Negeri Perak