SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAHJABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Perak memohon kerjasama dari pihak tuan untuk menyampaikan perkara ini kepada semua Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan/ Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum/ Penolong Kanan Petang di bawah pentadbiran tuan untuk mengisi Instrumen KOMPAS di bawah seliaan Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan melayari laman sesawang seperti berikut :
2.1 http://aplikasi.iab.edu.my/ikompas/1 login.aspx
3. Pengguna boleh mengakses Instrumen KOMPAS dengan menggunakan username (No.KP pengguna) dan password pengguna yang sedia ada atau 12345678. Penilaian Instrumen KOMPAS akan dibuka mulai 20 Julai 2015 sehingga 20 September 2015.
4. Tujuan penilaian Instrumen KOMPAS ini bagi memudahkan pihak IAB mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk merancang keperluan program latihan pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan pengurusan sekolah.
5. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan Tn. Hj. Abd. Jalil bin Abd Hamid di talian 06-7979223 atau Tn. Hj. Mohd Yusof bin Ali di talian 06-7979322.
Kerjasaam tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment