TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Tuan/Puan,
TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
Semua PENILAI yang telah dilantik di semua sekolah WAJIB membuat pengisian skor bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan masing-masing sebelum Penilaian Pertama berakhir pada 31 JULAI 2015 (Jumaat). Setiap penilaian perlu diisi di dalam http://smg.moe.gov.my/10/ dan pengisian tersebut perlu disimpan dengan menekan ikon SIMPAN sebelum log keluar.
Untuk makluman, terdapat satu modul pertukaran yang akan dipaparkan pada paparan selepas PENILAIAN PERTAMA berakhir pada 31 Julai 2015 (Jumaat). Pengumuman/panduan pengisian akan diberikan bagi memaklumkan berkaitan pertukaran guru untuk tindakan selanjutnya. Hal ini berlaku kerana terdapat pertukaran guru atau kenaikkan pangkat guru ketika penilaian pertama sedang berjalan.
Guru di dalam kumpulan POOL mesti dinilai jika bertugas di sekolah melebihi 180 hari pada tahun semasa penilaian berdasarkan syarat penilaian yang ditetapkan. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mengambil maklum tentang guru pool yang tiada di dalam senarai PYD apabila pihak sekolah ingin membuat penetapan pegawai penilai. Perkara ini telah diambil tindakan oleh “team technical” sistem e-prestasi. Oleh itu, mohon pihak sekolah/PPD yang terlibat untuk memberikan nombor kad pengenalan dan nama Pegawai Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2 bagi guru tersebut untuk pihak BPPK mengemaskini penilai melalui emel rasmi helpdesk e-prestasi (aduan.eprestasi@moe.gov.my).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015065/5271.
Sekian, terima kasih.
“PERAK EXCELLENT”
Saya yang menurut perintah,
Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Jabatan Pendidikan Perak SKBT
No comments:
Post a Comment