Thursday, 30 July 2015


LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEHINGGA BULAN JUN 2015

DITULIS OLEH NOOR AZIDA ZULKIPLI.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Semua Pentadbir HRMIS Sekolah Rendah
Tuan,
LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEHINGGA BULAN JUN 2015
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.                                                                    
2.   Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan  pihak tuan selanjutnya.
      2.1  Status data pengisian Rekod Peribadi bagi Sekolah-sekolah Rendah sehingga bulan JUN 2015; dan
      2.2  Status data pengisian Profil Perkhidmatan bagi Sekolah-sekolah Rendah sehingga bulan JUN 2015
3.   Dimaklumkan bahawa semua Pentadbir HRMIS di sekolah agar mewujudkan ID Pengguna HRMIS bagi semua guru dan staf yang masih belum mempunyai ID supaya dapat membuat pengisian atau pengemaskinian rekod peribadi dan profil perkhidmatan untuk mencapai KPI HRMIS sehingga 100%. 
Sekian, terima kasih.
Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,
Jabatan Pendidikan Perak                              SKBT

MAKLUMAT KECICIRAN MURID, KECICIRAN MURID ASLI DAN MURID TANPA DOKUMEN SEKOLAH RENDAH SEHINGGA 31 JULAI 2015

DITULIS OLEH MOHD NORAZLIE.
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak
 Tuan,
MAKLUMAT KECICIRAN MURID, KECICIRAN MURID ASLI DAN MURID TANPA DOKUMEN SEKOLAH RENDAH SEHINGGA 31 JULAI 2015
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Perak sedang mengumpul maklumat keciciran murid dan keciciran murid asli dan murid tanpa dokumen dari tahun 1 hingga 6.
3. Sehubungan itu, pohon kerjasama tuan memaklumkan kepada semua sekolah di daerah tuan untuk mengemaskini data tersebut. Data yang lengkap dikumpulkan di peringkat PPD dahulu. PPD hendaklah emailkan data tersebut kepada reddzalskkbti@gmail.com sebelum atau pada 07 Ogos 2015. Sebarang pertayaan sila hubungi En. Mohd Rizal bin Hambali di talian 05-5015106. Selain itu, dilampirkan surat siaran untuk tindakan tuan.
Sekian terima kasih
Pengurusan Murid
Unit Sekolah Rendah, SPS                                 skbt
Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN KECICIRAN.pdf)SURAT SIARAN KECICIRAN.pdf[ ]628 kB

Monday, 27 July 2015

Bersama-sama ini disertakan jadual post mortem Peperiksaan Percubaan peringkat sekolah yang melibatkan penghulu sekolah.

Untuk makluman tuan-tuan, salinan jadual ini dihantar ke JPN dan berkemungkinan pegawai JPN akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut untuk sekolah terpilih.

Mohon pihak sekolah bersedia dengan pembentangan berdasarkan informurid (EWS)

Sekian, terima kasih.

Mohd Nor Hamin bin Mohammad Askar
Pen. PPD Kurikulum (Votek)
PPD Perak Tengah.

Klik pautan di bawah untuk muat turun:                     SKBT

1. JADUAL Post Mortem Peperiksaan Percubaan UPSR 2015
2. BORANG GARIS PANDUAN Post Mortem Peperiksaan Percubaan UPSR 2015

MAKLUM BALAS PENGINAPAN DI INSTITUT LATIHAN AWAM

DITULIS OLEH NOOR FADILLAH.

Semua Ketua Sektor
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
PERMOHONAN PAKEJ :  MAKLUM BALAS PENGINAPAN DI INSTITUT LATIHAN AWAM
Bersama-sama ini disertakan Borang Maklum Balas Penginapan di Institut Latihan Awam (ILA) untuk perhatian tuan.
2.   Dipohon kerjasama pihak tuan agar dapat menggunapakai borang tersebut bagi permohonan pakej akan datang.
Sekian, terima kasih.
Unit Kewangan
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan                SKBT

JADUAL TERKINI KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR TAHUN 6 NEGERI PERAK 2015 (KEMAS KINI: 25.07.2015)

Ditulis oleh Yusman Hashim.
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Guru Besar, Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH         (KSSR) TAHUN 6 NEGERI PERAK 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan kursus di atas kepada Ketua Panitia atau guru mata pelajaran yang akan mengajar Tahun 6  pada tahun 2016 di sekolah rendah.


2. Mohon kerjasama tuan membenarkan seorang Ketua Panitia atau guru mata pelajaran yang akan mengajar Tahun 6 pada tahun 2016 di sekolah tuan untuk hadir ke kursus-kursus tersebut yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. (Jadual dilampirkan)

3. Setiap guru yang hadir mestilah membawa satu salinan DSKP mata pelajaran berkenaan yang boleh dimuat turun di ruangan
"Attachments"
NOTA: PERUBAHAN JADUAL TERKINI HANYA MELIBATKAN DAERAH: MANJUNG & KERIAN

Sekian. 
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik                     SKBT

Friday, 24 July 2015

Koleksi Peperiksaan Percubaan 2011 Bahasa Melayu UPSR

SKBT

MEMBACA PENTING UNTUK KECEMERLANGAN ORGANISASI

DITULIS OLEH MOHAMAD AMLI.
Menurut Islam, membaca adalah perintah pertama diwahyukan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW  bertempat di Gua Hira’, Mekah iaitu dengan firman tuhannya yang bermaksud “Bacalah”. Membaca penting kepada kehidupan manusia bagi tujuan memperolehi dan seterusnya mendalami sesuatu ilmu. Proses ini juga dapat membantu membentuk pemikiran, perasaan dan tingkah laku individu. Inilah yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara yang dijanakan oleh pemikir terdahulu.
Malaysia adalah sebuah negara membangun yang sedang bergerak ke arah negara maju. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, negara perlu mempunyai warga negara yang berpengetahuan tinggi dan luas. Apabila negara mempunyai warganya yang berpengetahuan, maka barulah kita boleh mencapai wawasan yang diidamkan selama ini. Kesan dari itu, setiap warga negara akan berpengetahuan dan bijak. Hal ini penting kepada negara kita.
Kenapa masyarakat perlu membaca ? Membaca adalah proses berterusan yang sebenarnya perlu dipupuk dari awal. Oleh itu, masyarakat kita wajar diberi ruang untuk membaca. Misalnya setiap penjawat awam perlu mencari ruang dengan sesuatu masa tertentu dalam sehari untuk membaca. Apa sahaja bahan bacaan. Barangkali 10-15 minit masa sudah memadai untuk proses tersebut. Namun, dari sudut ilmiahnya, terlebih baiknya ialah bahan bacaan yang bersifat positif dan memberi kebaikan kepada organisasi dan diri seseorang itu.
Di samping itu, membaca boleh memberi nilai tambah kepada organisasi. Misalnya seperti amalan nilai yang sudah dipraktikkan oleh setiap individu, jika dibaca lagi akan mengukuhkan lagi amalan nilai dan menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Amalan nilai misalnya, amanah, jujur, bersyukur, berintegriti dan sebagainya boleh memberi kesan positif kepada organisasi. Katakan, seseorang pegawai atau pembantu tadbir yang banyak membaca, mereka boleh mengarangkan surat rasmi, minit mesyuarat, memo, laporan dan sebagainya dengan mudah. Ayat-ayat yang tersimpan di fikiran akan mudah dikeluarkan dengan laras bahasa yang menarik.
Selanjutnya, membaca juga penting bagi tujuan komunikasi dalam organisasi.  Mereka yang membaca mempunyai ketajaman dalam berfikir dan seterus berbual. Seseorang yang banyak klausa-klausa dalam fikiran akan mudah melontarkan kata-kata yang segar dan sedap didengar. Apabila ini berlaku, maklumat yang diterima dan dihantar akan berkesan. Inilah yang dinamakan komunikasi berkesan. Sebagai contoh perbualan melalui telefon perlulah ilmu pengetahuan. Begitu juga arahan dari seorang ketua kepada anak buahnya perlu maklumat yang mudah difahami seterusnya mudah diambil tindakan.
Perlu difahami, komunikasi berkesan bermula dengan bacaan yang luas. Ada sesetengah maklumat tidak dapat difahami kerana penyampaian maklumat tidak tepat. Ada kalanya, mereka menggunakan bahasa daerah di tempat kerja. Jika hal ini berlaku, ketirisan maklumat akan berleluasa. Oleh sebab itu, pentingnya di sini ruang membaca. Walaupun sesibuk mana sekalipun seseorang pekerja itu perlu mencari ruang untuk membaca. Sekurang-kurangnya surat khabar sebagai santapan minda.
Membaca adalah jambatan ilmu. Oleh itu, tidak kiranya seseorang bekerja di sektor mana sekalipun sama ada swasta atau awam mereka harus membaca. Tidak keterlaluan, jika membaca dikatakan terapi kepada minda yang kosong. Ia juga ubat kepada kejahilan. Pekerja yang bekemahiran dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas akan memberi pandangan yang positif untuk organisasinya. Mereka akan menjadi lebih berdaya maju, lebih produktif dan lebih efektif di dalam melaksananakan tugas di tempat kerja. Walaupun jika seseorang pekerja itu tidak belajar tinggi, dengan membaca sistem kerja akan lebih kemas, tersusun dan berdisiplin.
Kesimpulannya, membaca sangat penting kepada setiap individu lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja. Dorongan perlu diberikan kepada kepada pekerja agar mereka lebih bermaklumat, lebih berpengetahuan dan lebih produktif di setiap organisasi bagi mencapai wawasan 2020 untuk membentuk masyarakat dan generasi yang berpengetahuan tinggi sama seperti negara maju lain. 

PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT (TID) 2015

DITULIS OLEH AHMAD SHUKRI.
Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Perak. 

 Tuan, 
PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) TAHUN 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Bersama ini dilampirkan surat dan kronologi berkaitan program tersebut untuk tindakan tuan.
Sila muat turun lampiran di bahagian attachment.

Sekian, terima kasih.

UNIT SUKAN,
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN            SKBT
Attachments:
Download this file (KRONOLOGI TID 2015.pdf)Kronologi[ ]255 kB
Download this file (New Doc 64.pdf)Surat TID[ ]280 kB


TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

DITULIS OLEH SITI NORHAYANI NORDDIN.

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
  
Tuan/Puan,
  
TARIKH AKHIR BAGI PENILAIAN PERTAMA KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK MELALUI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Semua PENILAI yang telah dilantik di semua sekolah WAJIB membuat pengisian skor bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan masing-masing sebelum Penilaian Pertama berakhir pada 31 JULAI 2015 (Jumaat). Setiap penilaian perlu diisi di dalam http://smg.moe.gov.my/10/ dan pengisian tersebut perlu disimpan dengan menekan ikon SIMPAN sebelum log keluar.

Untuk makluman, terdapat satu modul pertukaran yang akan dipaparkan pada paparan selepas PENILAIAN PERTAMA berakhir pada 31 Julai 2015 (Jumaat). Pengumuman/panduan pengisian akan diberikan bagi memaklumkan berkaitan pertukaran guru untuk tindakan selanjutnya. Hal ini berlaku kerana terdapat pertukaran guru atau kenaikkan pangkat guru ketika penilaian pertama sedang berjalan.

Guru di dalam kumpulan POOL mesti dinilai jika bertugas di sekolah melebihi 180 hari pada tahun semasa penilaian berdasarkan syarat penilaian yang ditetapkan. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mengambil maklum tentang guru pool yang tiada di dalam senarai PYD apabila pihak sekolah ingin membuat penetapan pegawai penilai. Perkara ini telah diambil tindakan oleh “team technical” sistem e-prestasi. Oleh itu, mohon pihak sekolah/PPD yang terlibat untuk memberikan nombor kad pengenalan dan nama Pegawai Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2 bagi guru tersebut untuk pihak BPPK mengemaskini penilai melalui emel rasmi helpdesk e-prestasi (aduan.eprestasi@moe.gov.my). 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015065/5271.

Sekian, terima kasih.
 “PERAK EXCELLENT”
 Saya yang menurut perintah,


Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Jabatan Pendidikan Perak                                           SKBT
Attachments:
Download this file (Surat Arahan 1.jpg)Surat Arahan 1.jpg[ ]78 kB
Download this file (Surat Arahan 2.jpg)Surat Arahan 2.jpg[ ]64 kB

Thursday, 23 July 2015



PELAPORAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN SMK DAN SK KPM TAHUN 2015M/1436H

DITULIS OLEH AHMAD LUTFI.

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah  / Sekolah Rendah
Negeri Perak
Tuan,
PELAPORAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN SMK DAN SK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015/1436H
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah yang melaksanakan aktiviti Ihya’ Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu perlu menghantar Laporan Pelaksanaan dan Borang Maklum Balas (Rujuk Lampiran) sebelum atau pada 1 Ogos 2015 seperti berikut :
2.1 Laporan bercetak (hard copy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah; dan
2.2 Laporan secara dalam talian kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak melalui pautan berikut: https://drive.google.com/open?id=17l1XC66NUDlKAYwR5_nobSWTPR8k9Q49KiHVTjL4c7Q3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada Encik Ahmad Rusli bin Hj. Abdul Gani di talian 05-2414000 / 012-6344542. Kerjasama yang tuan berikan, didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.
Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam                                    Link